Archive for January, 2006

teka teki

Monday, January 16th, 2006

Dalam banyak2 air, air apa yg paling berani? Ha.. ha..
Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapannya ialah air
kopi.. eh.. eh.. takdelah jawapan yg sebenarnye ialah
air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!!
Ha!!!!!

Banyak- banyak binatang…binatang apa keluar
haid…nak tau cari sendiri… takdok eh.. jwpn:
kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD..saja
buat lawak..tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak
kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami
kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x
luka juga..apabila selesai persembahan dia jln
terhencut2 kerana terpijak tahi ayam…hehehe….. ok
x … lawak x…

Dlm bnyk2 binatang….. bntg ape yg bertelur dan
beranak…..kira 2 alam la niiii…..ha jwp2…. nak
tau jwpnye… siput babi laaaaa…..ye la siput
bertelur…babi beranak…. kenape x percaye ye…..

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cubateka,
banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapaaaaaaannya ialah Sungai
Besi…Ha…ha…ha…lawak tak… alahhhh,lawaklah
ye..

Kereta dengan motor, mana lebih tua? ha..jawablah.saya
bagi 2 saat. oklah jawapannya adalah motor,sebab motor
pakai tongkat…MUAHAHAHA….. WASSALAM

Dlm banyak- banyak pokok, pokok apa yg baik hati? aku
tak sanggup dah tengok hampa teriak. jwpn dia pokok
pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa
yang ada angin…keh keh keh..jawab jgn tak jawab..
nak tau apa.huruf TA dan YA laa.. .kan jadi TAYAR
tu..HEHEHE

Nih aku nak teka ni…kasut apa yang paling keras??
haa..pikiaq2..apa? kasut batu..salah maa.. kasut BATA
laaaa…muhahaha..lawak ka????

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana
hampir terlanggar seekor katak.apakah yang akan turun
dahulu selepas pemandu itu behenti? jawapannya ialah
meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane
huruf yang boleh kahwin …ahhh sape dapat jawab????
senang jer…tahu tak jawapannya? aahh jawapannya
ialah…huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr .hehehehe

Kalau korang pandai math, 5 orang cinatolak 3 orang
india, jadi apa? orang india tu jatuh lah…. keh keh
keh!!!

Ada3 biji limau kendian di bahagi kepada 3
bahagian..lepas tu di bagi pulak pada 3 org..baper
seorang dapat ?…kes kes kes kes k orang mesti lemah
IQ kan.. jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb
sama gak ko potong atau tak hehehhe mesti dapat sorang
sebiji

Ok aku nak tanya hampa. benda apa kalau naik tak turun
dah? kui..kui..kui jwpn dia umuq la.ish…ish…ish
hampa ni

Murid1:Cikgu, Sungai seget di mana?.

Cikgu:…..(Diam jer).

Murid2: Ha kau balik rumah nanti kau pergi tanya mak
kau. Ajak pergi bercuti sekali kat sana.

Bila di rumah.

Murid1: Emak! Sungai seget kat mana?Jom kita gi
bercuti!.

Emak: Pala hotak ko! Sape yang nak cuti kat tepi parit
tu! (Sungai seget tu kat JB. Sape yang dok JB tau la
kat mana sungai seget tu)

KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU
DARIPADA TAYAR HADAPAN? ANDA DIBERI SATU SAAT UNTUK
MENJAWAB. TRETT!!!MASA SUDAH TAMAT.SEBABNYA >IALAH DIA
SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT TAYAR
HADAPAN

Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit
oleh penumpangnya dari belakang lantas memberi amaran
supaya tidak melakukan dmikian lagi. Katanya ini
adalah hari pertama beliau memandu teksi setelah 30
tahun jadi driver kereta jenazah… faham faham ajelah.

Cuba teka, mouse komputer, jantan ke betina?
jawapannye betina ler.. pasal dia pakai pad.hehe